Saturday, March 19

Kasihnya Seorang Ibu


Imbau semula ingatan kita ketika zaman kanak kanak dahulu. Masihkah kita ingat lagi ketika kita merajuk, ibu datang memujuk, apabila terjatuh ketika bermain, ibu berkejar mendapatakan kita dan apabila menerima berita gembira, ibu orang pertama kita beritahu.
Pendek kata semua kemahuan kita ibu tidak pernah hampakan. Namun, sekarang sudah banyak orang menderhaka terhadap ibu. Ada yang melawan dan menengking ibu, lari dari rumah kerana bosan mendengar nasihat ibu, membiarkan ibu berseorangan, tidak bertanya khabar ibu di kampung malah ada yang sanggup memukul ibu kerana perselisihan kecil.
Menderhaka terhadap ibu adalah satu dosa besardan anak tidak akan mencium bau syurga meskipun mereka melakukan amal ibadat yang lain.
Sejak dalam kandungan, ibu menanggung segala kesakitan dan keperitan dengan penuh sabar. Begitu juga selepas kita dilahirkan, ibu mengasuh dan menjaga kita dengan penuh kais sayang. Ketika kita sakit atau demam ibu baring sebelah kita untuk memastikan kita selesa.
Justeru, jika anda masih mempunyai ibu, gunakan kesempatan ini untuk membelai, menjaga dan menziarahinya di kampung.




*Ibu, engkau adalahh segala-galanya bagiku*


I LOVE YOU MUM !